Tuesday, 9 December 2014


"Dari" atau "daripada"? Bagaimana untuk menggunakan kata sendi?


  1. Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
  2. Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata-kata sendi nama yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah:

  3. dibagilaksanaantara
    kedemisejakuntuk
    daritentangterhadapdengan
    daripadasepertiakandalam
    padabagaiolehsampai
    kepadaumpamahingga
  4. Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun setiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus.
  5. Yang berikut ini ialah contoh panduan penggunaan kata sendi dalam ayat.
Kata SendiPenggunaannyaAyat Contoh
akan/kepada/terhadapuntuk menunjukkan emosi dan sikap
1. Aminah sayang akan kucing itu.
2. Ya Allah, kepada-Mu, aku berserah.
3. Ali mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untukuntuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dariuntuk menunjukkan tempat dan masa
1. Mereka baru pulang dari London.
2. Dia tidur dari petang semalam.
daripadauntuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan
1. Pasukan itu lebih hebat daripada pasukan lain.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada murid-murid sekolah.
diKata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
1. Ibunya bekerja di sekolah itu.
2. Pengembara itu sesat di dalam hutan.
.3. Beg tangannya terletak di atas meja.
denganuntuk menyatakan makna bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
1.Aminah ke kedai dengan suaminya
2. Di dapat memenangi pertandingan itu dengan usaha bersungguh-sungguh.
3. Ahmad menulis dengan pen.
4. Pendapatan bulanan ayah Ali sama dengan ayah Muthusamy..
hingga/sampaiuntuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu
1. Dia bermain hingga lewat senja.
2. Pembawa obor sukan Olimpik itu berlari dari Johor Bahru sampai Changlun.
keuntuk tempat dan benda konkrit
1. Pada cuti penggal, ramai yang menuju ke Kuala Lumpur.
2. Gelas kaca itu terhempas ke lantai lalu  pecah berderai.
kepadamenunjukkan orang atau ganti diri
Kes jenayah berat itu diserahkan kepada pihak polis.
olehuntuk menunjukkan pelakuan pasif yang berawalan di- dan ter-
1. Buku itu dibaca oleh Salmi
2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
padauntuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
2. Novel itu ada pada Rahim.
3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada roti.
sejakuntuk menyatakan makna suatu jangka masa
Dia tidak makan sejak semalam.
seperti/umpama/bakuntuk menunjukkan persamaan dengan yang lain
1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
2. Badannya besar umpama ahli gusti Sumo Jepun.
3. Hidung Aminah mancung bak seludang.
tentanguntuk menyatakan makna mengenai sesuatu
Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.
Dalam tatabahasa, kata sendi nama ialah satu golongan kata sendi yang memperkenalkan suatu frasa kata depan.

Contohnya, dalam ayat "kucing tidur di sofa", perkataan "di" adalah suatu kata sendi nama, memperkenalkan frasa kata sendi nama "di sofa". Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama yang paling banyak digunakan adalah "dari", "ke", "dalam", "untuk", "dengan" dan "di". Dalam kata mudah, kata sendi nama menandakan bahawa suatu hubungan di antara perkara-perkara yang disebutkan dalam suatu ayat.



Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.

Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi NamaTugas/contoh
diMenunjukkan tempat (di pejabat)Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)
keMenunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)
dariMenunjukkan tempat atu arah datangMenunjukkan waktu atau masa
kepadaMenunjukkan sasaran/ditujukanMenunjukkan bahagian sesuatu
Menunjukkan perubahan keadaan
daripadaMenunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)
Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada)
padaMenunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam)
untukMenunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)
bagiMenunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid)Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang.
demimenunjukkan tujuanmenunjukkan urutan
Untuk menegaskan sesuatu
tentangMenunjukkan rujukan
denganMenunjukkan turut sertaMenunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan
Menunjukkan benda yang digunakan
Menunjukkan persamaan
sejak, semenjakMenjadi penanda waktu atau masa
terhadapMenunjukkan rujukan yang tentu
olehMenunjukkan pembuat dalam ayat pasifMenunjukkan sebab
akanMenunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif
hingga, sampaiMenunjukkan had masa atau peringkat
seperti, bagai, umpama, laksana, bakMenunjukkan perbandingan



Saturday, 6 December 2014

Kuiz

Pilih jawapan yang sesuai. Jika jawapan anda salah, anda akan diberi panduan. Jika jawapan anda betul, teruskan dengan soalan yang seterusnya.
 

Blog Archive