Contohnya, dalam ayat "kucing tidur di sofa", perkataan "di" adalah suatu kata sendi nama, memperkenalkan frasa kata sendi nama "di sofa". Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama yang paling banyak digunakan adalah "dari", "ke", "dalam", "untuk", "dengan" dan "di". Dalam kata mudah, kata sendi nama menandakan bahawa suatu hubungan di antara perkara-perkara yang disebutkan dalam suatu ayat.
Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi Nama | Tugas/contoh |
di | Menunjukkan tempat (di pejabat)Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci) |
ke | Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam) |
dari | Menunjukkan tempat atu arah datangMenunjukkan waktu atau masa |
kepada | Menunjukkan sasaran/ditujukanMenunjukkan bahagian sesuatu Menunjukkan perubahan keadaan |
daripada | Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga) Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada) |
pada | Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam) |
untuk | Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja) |
bagi | Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid)Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang. |
demi | menunjukkan tujuanmenunjukkan urutan Untuk menegaskan sesuatu |
tentang | Menunjukkan rujukan |
dengan | Menunjukkan turut sertaMenunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan Menunjukkan benda yang digunakan Menunjukkan persamaan |
sejak, semenjak | Menjadi penanda waktu atau masa |
terhadap | Menunjukkan rujukan yang tentu |
oleh | Menunjukkan pembuat dalam ayat pasifMenunjukkan sebab |
akan | Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif |
hingga, sampai | Menunjukkan had masa atau peringkat |
seperti, bagai, umpama, laksana, bak | Menunjukkan perbandingan |
0 comments:
Post a Comment